Thursday, 12 July 2012

Kenali Alat perkusi nasyid

          Setiap kali diadakan pertandingan nasyid, tumpuan utama diberikan kepada penggunaan alat muzik perkusi. Sejak tahun 2008 Festival Nasyid Sekolah-sekolah Malaysia , telah digariskan bebarapa jenis alat muzik perkusi yang disenaraipendekkan yang dibenarkan semasa pertandingan festival ini dijalankan. Perkara ini dinyatakan di dalam syarat pertandingan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Malaysia dalam Perkara 6- Persembahan

6.PERSEMBAHAN :
6.1. Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.6.2. Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yangdisampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang keterlaluan.6.3. Setiap persembahan
hanya bolehdiiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti
kompang, bongo, conga, darbuka, turkishtomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas,rebana dan chime sahaja

          Walaupun pada awalnya penggunaan alat muzik tiada dalam pemarkahan pertandingan, namun demikian, setiap jurulatih kumpulan memberi penekanan dan fokus yg utama kepada gaya persembahan penggunaan alat muzik untuk menarik perhatian para pendengar. Tidak dinafikan, alunan dari ketukan perkusi ini memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kemantapan sesebuah kumpulan nasyid itu.

Mari kita kenali alat-alat perkusi nasyid...


Darbuka


Conga Drum


Darbuka - Doumbek


Djembe

Kompang



Maracas


Chime


Yenki


Bongo


Turkish Tomolo???
Banyak keraguan yang timbul berkaitan dengan Turkish tomolo yang dinyatakan dalam syarat dan peraturan nasyid KPM..  Untuk makluman, masalah bahasa menjadi persoalan sekarang. Terdapat banyak nama yang diberikan seperti Darbuka, Kompang Yenki, kompang Turki, Yenki, Turkish Tomolo, Douf, Doh dan lain-lain..  Apa pun sekarang, yang penting alat tersebut dalam keluarga yang sama.. Setiap kampung, bandar, negeri dan negara ada namanya yang tersendiri. Di Afrika ianya dipanggil Doumbek.


Cabasa

Shaker

Tambourine


Gendang/Kendang

Rebana

Cajon Drum
Merupakan alat perkusi tambahan yang mula diperkenalkan dan dibenarkan menggunakannya mulai tahun 2012.

1 comment: