Saturday 28 July 2012

PERSEMBAHAN NASYEED@SKBP SOUTUL IMTIYAZ








Persembahan di Festival Nasyid Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2009. Johan dan Pemenang Lagu Tema Terbaik 2009.


Friday 27 July 2012

Dalam Liputan Akhbar :

Sepanjang penglibatan dalam mana-mana pertandingan dan persembahan nasyid, nasyeed@SKBP iaitu Soutul Imtiyaz ( 2007 - 2010 ) dan Hizbul Faatihiin ( ditubuhkan pada 2011) sering mendapat sokongan daripada pihak media. Sokongan ini amat kami hargai..

Tahun 2008 :












Tahun 2009 :













Tahun 2010 :






Tahun 2011 :



Thursday 12 July 2012

Kenali Alat perkusi nasyid

          Setiap kali diadakan pertandingan nasyid, tumpuan utama diberikan kepada penggunaan alat muzik perkusi. Sejak tahun 2008 Festival Nasyid Sekolah-sekolah Malaysia , telah digariskan bebarapa jenis alat muzik perkusi yang disenaraipendekkan yang dibenarkan semasa pertandingan festival ini dijalankan. Perkara ini dinyatakan di dalam syarat pertandingan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Malaysia dalam Perkara 6- Persembahan

6.PERSEMBAHAN :
6.1. Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.6.2. Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yangdisampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang keterlaluan.6.3. Setiap persembahan
hanya bolehdiiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti
kompang, bongo, conga, darbuka, turkishtomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas,rebana dan chime sahaja

          Walaupun pada awalnya penggunaan alat muzik tiada dalam pemarkahan pertandingan, namun demikian, setiap jurulatih kumpulan memberi penekanan dan fokus yg utama kepada gaya persembahan penggunaan alat muzik untuk menarik perhatian para pendengar. Tidak dinafikan, alunan dari ketukan perkusi ini memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kemantapan sesebuah kumpulan nasyid itu.

Mari kita kenali alat-alat perkusi nasyid...


Darbuka


Conga Drum


Darbuka - Doumbek


Djembe

Kompang



Maracas


Chime


Yenki


Bongo


Turkish Tomolo???
Banyak keraguan yang timbul berkaitan dengan Turkish tomolo yang dinyatakan dalam syarat dan peraturan nasyid KPM..  Untuk makluman, masalah bahasa menjadi persoalan sekarang. Terdapat banyak nama yang diberikan seperti Darbuka, Kompang Yenki, kompang Turki, Yenki, Turkish Tomolo, Douf, Doh dan lain-lain..  Apa pun sekarang, yang penting alat tersebut dalam keluarga yang sama.. Setiap kampung, bandar, negeri dan negara ada namanya yang tersendiri. Di Afrika ianya dipanggil Doumbek.


Cabasa

Shaker

Tambourine


Gendang/Kendang

Rebana

Cajon Drum
Merupakan alat perkusi tambahan yang mula diperkenalkan dan dibenarkan menggunakannya mulai tahun 2012.

SELAMAT DATANG KE nasyeed SKBP


Blog ini memperkenalkan kepada semua warga skbp mengenai penglibatan ahli pasukan nasyid SKBP "Soutul Imtiyaz" sepanjang penglibatan mereka dalam arena nasyid sejak ditubuhkan pada tahun 2006.

Wajah-wajah teraju ahli Soutul Imtiyaz :
Soutul Imtiyaz 2010





Semua ahli asal Soutul Imtiyaz telahpun melangkah ke sekolah menengah. Disebabkan itu, Kumpulan Nasyid Hizbul Fatihiin ditubuhkan pula dengan dianggotai ahli-ahli baru dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Walaupun telah melangkah ke sekolah menengah, Soutul Imtiyaz tetap meneruskan bakat mereka di dalam bidang yang sama tetapi berlainan kategori iaitu Kategori Sekolah Menengah. Kebanyakan ahli Soutul Imtiyaz melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Jengka Pusat 1 iaitu Sekolah Bestari Felda. 

Ahli Teraju Baharu kumpulan nasyid SK Bandar Pusat Hizbul Fatihiin ;
Naib Johan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Negeri Pahang





Persembahan sempena Festival Nasyid Sekolah-sekolah Malaysia - 
Johan FN SR Peringkat Kebangsaan 2009. Juga merupakan pemenang bagi Kategori Ciptaan Lagu Tema Terbaik 2009.